Thursday 15 November 2012

10 Aplikasi yang perlu ada pada Blackberry


Sebut saja pasal Blackberry mesti korang sudah tahu kan tentang Smart phone ni yang mula dikenalkan dikanada pada tahun 1996 dan mula dipasarkan pada tahun 1999 oleh RIM (Research In Motion) 

Okey aku bukan mahu cerita pasal sejarah kewujudan Blackberry ni tapi aku mahu cerita sikit tentang aplikasi yang perlu ada pada Blackberry. Apa guna ada Blackberry kalau kita tidak tahu menggunakannya, setakan guna call dan sms baik campak je Blackbeery tu dekat kongkang tak pun simpan dalam peti sejuk HeHeHe... [jangan marah yah pengguna Blackberry] Tapi apa yang penting kena ada BIS (Blackberry Internet Servis). Blackberry tanpa BIS ibaratnya makan nasi tanpa lauk.

Kembali pada topik disini aku senaraikan 10 aplikasi yang perlu ada pada Blackberry.



 
1. BBM @ Blackberry Massenger

Ha dalam sesebuah Blackberry aplikasi ini paling top kan? BBM @ Blackberry massenger memang sudah di datangkan dalam aplikasi Blackberry, Kalau kita beli Smart phone Blackberry memang bendah alah ni sudah ter"install" di dalamnya, Dengan BBM kita dapat memindahkan fail dari 1 Blackberry ke Blackberry yang lain juga digunakan untuk berChating sesama pengguna Blackberry. Nak cerita detail lagi pasal BBM ni pun panjang lebar lagi tapi kemudian lah aku cerita ya sebab banyak benda yang boleh kita lakukan di BBM.



 
2. WhatsApp

WhatApp juga perlu dalam Blackberry dimana WhatsApp berfungsi untuk menghantar dan menerima mesej free sesama Smart phone. Aplikasi ini menghubungkan antara Blackberry, Android, iOS dan Symbian. WhatsApp adalah satu platform yang membenarkan kita menghantar pesanan ringkas tanpa berbayar kira percuma lah ni tapi kena ingat untuk menggunakan aplikasi WhatsApp ni dekat hempon korang kena lah ada servis internet. WhatsApp juga antara pesaing besar bagi BBM tapi bagi aku BBM tetap yang terbaik, kalau dekat BBM pin digunakan untuk berhubung manakala untuk WhatsApp pula kita gunakan nombor hempon sebagai ID user. Download WhatsApp untuk Blackberry korang disini


 
3. Viber Free Call

Korang jenis suka bergayut tak? Untuk korang-korang yang sedang mamai bercinta aku syor kan baik korang install aplikasi Viber ni dekat Blackberry korang sebab kenapa? lepas korang install aplikasi ni korang dan bf/gf korang pergi pekena nescafe satu gelas supaya korang tak mengantok pastu korang call bf/gf korang pakai Viber ni sampai koma ya. HeHeHe free of charges tahu. Okey kalau korang guna Blackberry dan bf/gf korang pakai hp lain aku tak sure boleh ke tak sebab sebelum ni aku pernah try pada Blackberry ke Iphone, Blackberry ke Samsung je dan kalau ke Nokia dan hempon lain aku tak pena try lagi tapi kotang try je lah mana tahu boleh. Untuk pengguna Blackberry download Viber disini.


 
4. Screen Muncher

Aplikasi Screen Muncher ni pun aku rasa memang perlu untuk Blackberry korang fungsinya sama seperti Print Screen dekat laptop dan PC korang. Korang boleh mengambil gambar tampilan dari sebuah layar blackberry (capture). Selain fungsi capture anda boleh share hasil capture korang ke twitter ataupun mengirimnya langsung ke kawan-kawan korang. Okey terus je korang download aplikasi ini dekat sini
atau korang boleh download Screen Capture Lite.


 
5. Quickpull

Okey dah sampai yang kelima ni, aku pun macam dah penat mahu menaip HuHuHu. Nama aplikasi ni di panggil Quickpull dimana fungsinya untuk Restart kita punya blackberry tanpa menanggalkan bateri Blackberry. Salah satu lagi trick untuk restart Blackberry tanpa menanggalkan bateri korang boleh tekan keyboard @ tombol ni ALT - aA - DEL dengan serentak tapi kalau korang mahu juga download aplikasi ni boleh download disini.


 
6. Blackberry Protect

Okey untuk aplikasi ini pulak Blackberry os version 5.0 RIM memang dah install benda ni dalam Blackberry tersebut tapi untuk korang yang belum ada aplikasi ni aku memang memang dan menang suruh korang download dan install Blackberry Protect ni sebab ia berfungsi untuk melindungi data dan mem'backup' contact dan semua fail-fail korang dengan selamat. Okey terus je korang download disini yah.


 
7. Document To Go

Aplikasi ni aku syorkan juga untuk korang yang kerja dekat pejabat, so jadikan Blackberry anda sebagai altenatif  laptop mini, kalau korang betul-betul pandai mengunakan Blackberry aku rasa laptop korang tak guna dah semua dekat Blackberry betapa hebatnya lah Blackberry ni kalau korang mahu tahu. Document To Go sama fungsinya macam Microsoft Offices. Okey download Document To Go disini kemudian download sekali untuk fail pdf disini


 
8. FileScout

Okey untuk applikasi ini pulak membenarkan kita menyusun pindah fail-fail dalam Blackberry supaya nampak kemas dan tidak serabut, dalam FileScout juga membenarkan untuk kita menambah/memadam fail dan folder-forder yang kita inginkan. Aplikasi ini juga membenarkan untuk kita ZIP dan UnZIP fail yang kita ingini. Ok terus download disini


 
9. Quick Launch

Okey untuk applikasi ini pulak untuk kita buat shortcut biasanya shortcut fail yang selalu kita buka lah kan. Contoh shortcut yang aku buat dekat Blackberry ku:-
- Dail no mama
- Kirim SMS pada kekasih 
- Kirim email ke boss
- Mencari Twitter menggunakan Tweetbot
- Membuka laman favorite

HeHeHe.. itu pun aku mahu cerita kah? suka hati koranglah mahu buat shortcut apa kan? okey download disini


 
10. Signal Booster


 Ok last aku dah penat ni mahu menaip, Signal Booster korang tahu tak amenda ni? Aplikasi ni korang install lah dekat Blackberry korang lagi-lagi pada korang yang duduk dekat pedalam macam aku ni duduk dalam hutan hehe kalau agak-agak line korang asyik keluas SOS ha ni aplikasi yang paling afdal untuk korang sebab dia boleh kasik full korang punya line Blackberry untuk aplikasi ini korang boleh download disini
 atau disini

Sattle. Mengantok sudah aku ni tahu. Pada korang yang masih muskil tentang 10 Aplikasi diatas dan ada pertanyaan korang boleh tinggalkan komen dekat bawa atau terus je pergi facebook aku DISINI

Bye Semua [Assalamualaikum]

Nota Kaki : Jangan kedekut kongsi ilmu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...