Tuesday 13 November 2012

Nokia E7 vs Blackberry Torch 9810 vs Blackberry Bold 9900 dan Samsung Galaxy Tab 2

 

Assalamualaikum. hu.. penat seharian cari hempon dekat town lahad datu, sudah 3 hari aku tidak menggunakan henpon macam mahu gila pun ada dan jiwa raga jadi lemah tanpa hempan di sisi almaklum lah 4 hari lepas henpon aku masuk longkang. sekarang ni henpom sudah menjadi keperluan dalam hidup kita kan bukan lagi kehendak.
Okey aku mahu cerita sikit tentang hari ini. Mulanya niat aku turun town mahu beli henpon baru, aku target mahu sambar Blackberry Bold 9900 ronda punya ronda punya ronda cari henpom semua kedai macam tidak menarik lagi-lagi dia orang letak harga tahap gila mahu mampus. Last aku singgah satu kedai tu lokasinya betul-betul depan tangga millimewa lahad datu mata aku dari start meja kaca tempat simpanan hempon tu aku tengok satu per satu sampai hujung tetiba amoi tu tegur aku.

amoy kedai hempon : ya, bang mahu cari henpon?
aku : tak lah, aku mahu cari ikan basah.. sini ada jual tak?
amoy : laaa, sini kedai hempon bang mana ada jual ikan.
aku : hah, tahu pun kau.

sambil amoy tu gelak mengontrol.

Okey kembali kepada topik, aku bagitahu lah aku cari Blackberry Bold 9900, dari sudut meja kaca tu aku memang dah tengok hempot tu dekat situ cepat je dia cakap ada lalu hulur pada aku. Aku pun godek-godek la smart phone tuh dari pandangan kasar semuanya okey.

aku : harga berapa ni?
amoy : satu lapan.
aku : 1, 8? 18 ringgit ker 108 ringgit?
amoy : 1 ribu 8 ratus bang, boleh kurang lagi tuh kalau betul-betul berminat.
aku : mak ai!! bapak mahalnya? (dalam hati "harga lebih kurang gak dengan kedai lain")

 
Imej dari google [Balckberry Bold 9900]

Tiba-tiba amoy tu kuarkan sebiji lagi Blackberry Bold 9900 lepas tu dia cakap yang ni murah sikit RM1500 boleh dapat. Aku pun amik lepas tuh macam biasa godek-godek dalam dia sebijik sama dengan Blackberry Bold 9900 pertama tadi tapi aku tahu yang ini AP Set yang pertama tadi tu Ori set. Nanti aku cerita apa beza AP set dan Ori set.

 
Imej dari google [Samsung Galaxy Tab II]

Tidak lama beberapa minit member dia menyampok dan keluarkan Smart phone samsung galaxy tab II (2) version OS android 0.7 harga rm1320. Slamba je aku cakap maaf yew aku tidak suka hampon jenis touch screen. Reason susah mahu taip mesej dan e-mail dan saiz dia yang besar tahap babun tu susah mahu bawa hehe...

 
Imej dari google [Nokia E7]

Kemudian dia orang keluarkan pulak Smart phone Nokia E7 (comel je hempon tuh design dia macam aku berkenan) aku tanya harga berapa, dia orang cakap rm1300 Ori set dan Ap set rm1250 beza rm50 je manakala yang second rm900. Kira okey juga lah sebab harga dah turun masa mula-mula keluaran Nokia E7 harga mencecah rm1995 ringgit tambah rm5 dah cukur rm2000 woh.. gila eh. Antara ketiga-tiga Smart phone ni Blackberry Bold 9900 tetap dihati haha! Ketawa jahat kejap.

Dalam samar-sama memilih antara dua Smart phone Blackberry Bold 9900 atau Nokia E7 Samsung Galaxy Tab II awal-awal lagi aku dah ban huhu dari jauh aku ternampak sebijik lagi Smart phone Blackberry model torch 9810 harga rm1220 Ori set.

 
Imej dari google [Blackberry Torch 9810]

OMG!!! Otak aku makin sewel hehe. Blackberry model Torch 9810 ni sebijik macam Torch 9800 cuma dari segi OS Blackberry Torch 9810 menggunakan OS 7.0 berbanding Torch 9800 menggunakan OS 6.0. Design dia menarik so aku ban pulak nokia E7. Dalam otak sekarang mahu sambar antar Blackberry Bold 9900 atau Torch 9810. Okey aku ambik kedua-dua Smart phone ni aku compare antara satu sama lain.

1. Mula-Mula dari segi OS kedua-dua phone ni menggunakan Blackberry OS 7.0, okey kira tak da menang tak da kalah.

2. Dari segi size dan bentuk. Bagi aku Blackberry Torch 9810 lagi cool berbanding Blackberry Bold 9900 kerana dia jenis slide dan size paparan screen Blackberry Torch 9810 besar sikit berbanding Blackberry Bold 9900.

3. Ketebalan Blackberry Torch 9810 tebal sikit berbanding Blackberry Bold 9900 dan Blackberry Torch 9810 selesa dipegang berbanding Blackberry Bold 9900.

4. Dari segi keyboard atau papan kekunci Blackberry Torch 9810 jenis QWERTY dan boleh touchscreen sama juga dengan Blackberry Bold 9900 menggunakan keyboard QWERTY dan boleh touchscreen wah sama hebat sama handal. [dalam hati tak lama aku angkat sekali dua]

5. Last aku buka kedua-dua housing penutup bateri Balckberry tu aku bandingkan pula dari segi tataletak sim kad dan micro SD Card kedua-dua Blackberry tu. Disini aku jumpa pilihan ku.

 
Imej dari google [Blackberry Torch 9810]

 
Imej dari google [Blackberry Bold 9900]

Korang dapat perbandingan tak antara dua imej di atas tu? Blackberry Torch 9810 kalau diperhatikan tempat letak sim kad boleh di buka/pasang tanpa menanggalkan bateri manakala Blackberry Bold 9900 kena tanggalkan batery terlebih dahulu sebelum memasang atau menanggalkan sim kad, kalau korang yang pernah guna Smart phone Blackberry mesti korang tahu kan berapa minit Blackberry boleh loading selepas korang tanggalkan batery yang korang panggil restart lambat tu baru boleh on ke menu hehe.

Jadi muktamad pilihan aku adalah Blackberry Torch 9810. Okey nanti aku buat entry spesifikasi, kelebihan dan kekurangan antara keempat-empat Smart phone tersebut.

Sekian Terima Kasih, Okey aku mau main game dulu bye bye kamu... :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...